SINOPSIS RAYA SEKALI IMBAS
Setiap kali menjelangnya Hari Raya.. aku tak berapa pasti apakah perasaanku.. Happy? Excited? Seronok? Hm.. susah nak cakap.. mungkin sebab factor usia yang telah sedikit sebanyak meluluhkan semangat rayaku ataupun disebabkan oleh banyak factor2 lain…yang susah hendak ku luahkan di sini…yang nyata Hari Raya bagiku tidaklah semeriah korang semua.. tapi tuh dah masuk topic lain plak.. post ni nak cerita yang hepi2 je.. okek!!
Tahun ni first time aku balik beraya ke kampong my dad di Kampung Manjoi, Ipoh, Perak (He’s not my real father but he’s been married with my mom for 5 years, and setakat ni aku happy sebab dia baik terhadap kami sekeluarga..and yang penting a good companionship to my mom…) Dan inilah kali pertama aku pulang beraya sekali dgn keluarga ku ke sana.. Seblum2 nie my mom pernah balik beraya ke sana tapi disebabkan oleh banyak faktor2 luaran dan dalaman diriku ini yang rumit.. aku sengaja tak ikut mereka pulang beraya (ape yang tak kena ngan aku ni.. yek..) Truth is aku bukan tak mahu tapi aku tak biasa .. segan pon ada kot.. yelah aku tak kenal sorang pon kat sana.. seganla ..aku ni kan pemalu hehehe…ntahlah.. complicated subject huh? Tapi lain pula kisahnya kalau pulang beraya ke Indon..(kampong mama) cepat aje aku siap packing !! Hehehe…!
Lagi satu aku rasa agak sedih dan kekurangan sebab aku rindu kat adik aku yang jauh nun di perantauan … yelah adik aku lahir pagi raya.. so setiap pagi raya aku slalu wish dia Happy Burfday.. huwaaa ..!! Dah 2 tahun beraya tanpa dia.. sedeh woo.. so korang better appreciate adik2 korang.. dulu masa kekecik aku slalu buli dia.. tapi skarang dah besar dia je yang memahami kakak dia yang gila ni…this post dedicated to you Shawal!!! Hehehehe…
Sehari Sebelum Hari Raya
Kami pulang sehari seblum hari raya.. iaitu hari Jumaat bersamaan dengan 12/10/07.. naik van besor plak tuh.. tak ramai pon cuma aku, mama and my dad.. hehehe.. seblum tuh kami singgah untuk pickup Kak Leha . Siapa Kak Leha? Dia kakak my dad. Kire makcik aku lah… Dia ngan Shera (anak bongsu dia) ikut sekali kami pulang ke Ipoh. Husband dia and anak2 dia yang lain ikut naik keta lagi satu kat belakang, kire mcm konvoi lah…sedar tak sedar (maknanya aku tertidur la sepanjang perjalanan) kami dah sampai Ipoh and ngam2 time berbuka puasa.. my dad dulu kerja Hotel Exelsior kat Ipoh for a long time (I think 15 years kot) seblum dia pindah ke KL…so kami pon pergilah makan buffet di sana.. sampai je kat sana kami dijemput makan mcm tetamu VIP plak hohohoho! Sedap sedap semua makanan dier…yang paling aku suke pita bread tuna sandwich dier…mcm ala2 KFC cheesy melts tapi yang ini dalam nye pakai tuna
Lepas makan and solat Maghrib kami meneruskan perjalanan ke Hotel Heritage, Ipoh. Sesampainya di sana aku sebilik ngan anak2 dara Kak Leha, namely Shera and Farra (kiut2 deorg ni, Shera still high skool, si Farra plak baru 21 kut.. baru start bekerja) kitorang end up tgk tv sampai lewat malam sambil berborak.. mcm slumber party pulak!
Pagi Hari Raya
Pagi raya kami semua cecepat bersiap untuk beramai2 ke masjid untuk menunaikan solat Hari Raya, tapi sebelum tu kami pickup Fatin and Khairul (my dad’s children.. kire my siblings jugak la kan) we went to pick them up from their mother’s place (confusing kan? ) So anyway kami pergi Masjid Tambun, Ipoh, untuk menunaikan Solat Raya...untuk pengetahuan korang dah lama gila tak pegi sembahyang raya..sebabnya selalu 'raya awal' hehehehe.. lepas solat kitorg berkumpul di rumah Kak Esah (my dad’s eldest sister) , introduced to new cousins….. namely Lila n Nana...Semua berkumpul kat sana coz Tok Tamin (granddad) is still alive and well (although he has lost his voice and some of his memory)… sambil2 makan, borak2… tangkap2 gamba…kami meneruskan perjalanan ke rumah Makcik Bedah (random grand-aunty), makcik zai (random grand aunty), LEPAS TU... sambung makan beraya ke rumah Kak Bibah (my dad’s third elder sister) kat sini makan nasi tomato hehehe..berkenalan dgn cousin2 lagi.. nadia n fatihah.. lepas tu..pegi Pak Ucu’s house (my dad’s younger brother) more cousins….. and lastly Tok Su’s house (random grand-uncle). Serious I tak berapa nak ingat ramai sangat nama2...and probably got a lot of the names mixed up too hahahaha...!! Tapi seronok la sebab dapat berkenalan dengan ramai sedara-mara and dapat makan dengan kuantiti yang maksimum hehehe :P
Di bawah adalah sebahagian daripada gamba-gamba pada hari raya pertama, semua nya candid..sebab bila di ajak berposing semuanya malu2 kucing (kononnyelahhh hahahaha)And then disebabkan akulah cameraman jadi tak banyaklah gambar aku hehehe! Jeles pulak tengok si dosh ngan choo berposing sakan di hari raya...! Hehehehe... :P
Raya Ke-2
We went to beraya at my dad’s friend’s house (lupa lagi nama pakcik tu) and then we went to Taiping, went to Aunty Wan’s house kat Aulong, she’s my mom’s best friend and got to meet Shafinaz (her daughter).She's my age and lama gila tak jumpa dia...masa we all duduk Taiping dulu selalu lah kemana2 dgn Shafinaz..ballet class lah.. pianolah... but now she's happily married and haritu sempatlah jumpa her hubby and baby Aniq! He’s soooo cute…!!Shafinaz siap cakap ‘ Nani dah ada satu, Intan bila lagi?” Aaaaaaaaaaaa skarang pon nak satu kalau boleh hehehehe! So anyway lepas puas beraya kat Taiping (adelah lagi 2,3 buah rumah lagi) we all balik Ipoh.
Raya Ke-3
Raya ketiga kami semua check out dari Heritage, pastu singgah jap kat rumah kak Bibah (coz si Nadia buat nasi lemak) and then singgah my dad’s ex-wife’s sister’s house (confuse jugaklah kan?) Lepas tuh zoooom… bertolak pulang ke KL
Begitulah synopsis Raya pertama sampai Raya ketiga aku… Raya keempat aku dah mula kerja dah.. jadi takde la kisah2 raya lagi.. beraya2 apa semua on the weekend aje..
First weekend (20/10 - 21/10) - beraya my aunty kat Subang and relatives in Melaka
Second weekend (27/10 - 28/10) beraya rumah my pet sis kat Kajang
This coming weekend (3/11 - 4/11) - beraya rumah Epy kat Sri Damansara(insyallah) and rumah Kakak (Saliza) kat Puchong (insyallah)
Di sebabkan raya kan sebulan jadi masih ada kesempatan untuk aku wish Selamat Hari Raya... mari kita beraya sakan..tapi jangan terlebih makan.. hua hua hua!! :P