Tuesday, November 25, 2008

Hari bodoh sedunia 24/11/2008

Hari bodoh sedunia.

Bukan aku nak cakap satu dunia ni bodoh, tapi aku yang bodoh, dalam erti kata lain, hari paling malang.

Sebelum nak start type post ni, nak kene istigfar banyak-banyak sebab bila ingat-ingat balik aku da setat rasa geram.

Pagi semalam ialah pagi Isnin. Ntah kenapa aku awal gila sampai ofis, dengan hati yang seronok aku sempat pergi food court beli nasi lemak. Lepas dari itu.. mula lah hari bodoh sedunia aku. Sampai-sampai je kat opis, aku cari-cari kunci ofis, sebab sesapa yang paling awal boleh bukak ofis. Tapi tak jumpa. Baru aku teringat kunci ofis aku ada kat dalam drawer, dalam ofis.

Apakah????

Aku dah mula sumpah seranah diri aku sendiri. Dah lah panas kat sini. Ada lagi setengah jam nak pukul 9. Nasi lemak tak makan lagi. Epy for sure tak sampai lagi. Aku tex zax. Dia kat langkawi. Aku terlupa. Last-last aku pun tunggu la setengah jam kat depan pintu ofis sampai ofismet aku sampai.

Hari Isnin tu aku mmg half day sebab aku ada medical check up pukul 2.30. Jadi dalam pukul 2 lepas dapat green light dari bos, aku pun beredar. Dengan hati yang seronok aku menghala ke kereta aku. Semakin aku menghampiri kereta aku, aku perasan ada sesuatu yang tak kena. Aku mula panik. Oh no oh no oh no aku ulang banyak2 kali dalam hati. Yes folks. Aku biar lampu kereta terpasang. Masa bila aku bukak lampu pun aku tak ingat. Aku sumpah seranah diri aku lagi sekali. Dan sememangnya, my baby blue tak boleh nak start. Aku tengok jam, ada lagi setengah jam for my appointment. Tak cukup masa nak naik monorel aku cekau je cab. Dia tak pakai meter pulak. Aku kene RM10 dari sentral pegi jalan raja chulan. WTF??? Tak dapat nak fikir panjang aku takut terlambat.

Lepas dari tu baru aku sedar aku tak tukar kasut, pakai slipar buruk je. Heeeee...!! Dalam hati aku dah geram kat diri aku sendiri.. Apalah bodoh sangatttt...! Aku selamat sampai ke tempat medical check up and lepas habis tu aku dah bingung pasal kereta aku still kat sentral, pastu tak tahu nak buat apa... aku tengok dalam wallet..apsal tinggal RM15 jer?? Baru aku tersedar duit aku tercicir dalam cab.

Rasa nak nangis pon ada.. rasa nak gelak pon ada..rasa nak hempuk2 kepala aku kat dinding pon ada.

Last2 aku naik monorel pegi bukit bintang sebab aku mmg takde hala tuju. Member aku call tanya aku kat mana, pastu aku mula la cerita pok pek pok pek kat dia..dia suruh aku tunggu dia habis kerja. Aku tengok jam, ada lagi satu setengah jam. Jadi aku pon pegila starbucks, lepas aku beli cofee, aku duduk kat satu sudut tiba-tiba waitress starbucks tu datang dekat 'Maaf kak, sini tak boleh merokok sebab new rules, kat kaki lima shopping complex tak buleh, sidewalk depan tu buleh'

Aku tercengang. Aku amik coffee aku tu pastu terus belah. *Terkumat kamit mulut aku sensorang*

Lepas habis sebat. Aku masuk Sg wang, and melepaskan kesengsaraan aku dengan membeli t-shirt *swipe je sbb cash tinggal tiga hengget* Lega sikit.

Sedar tak sedar masa dah time aku pun mula gerak ke opis member aku tu, dan kitorg pun patah balik ke sentral nak tengok kereta aku. Dengan membaca jampi serapah aku pun try nak start kan kereta. Alhamdulillah, dah ok.

Begitulah kesudahan hari bodoh sedunia aku semalam, yang memang aku takkan lupa sampai bila-bila.. sampai rumah je aku pikir balik...kenapalah aku biol sangat hari tu... hmm... banyak buat dosa kut... *aisehhh takotnye* Amik lah semua tu sebagai dugaan dugaan dari yang Maha Esa... kadang-kadang kene la beringat2 gak.. ye tak..?

*wink wink* :P~