Wednesday, January 2, 2008

My Pangkor trip

I'm backkk...lama rasanye tak hapdet blog ni...Just got back from oliday kat
Pulau Pangkor (27HB - 29HB December 2007 lepas) Kalau ikutkan map tu, takdelah jauh sangat dari Kuala Lumpur, so ingatkan nak cerita la sket kat sini pengalaman suka duka sewaktu kami kat sana...manelah tahu.. bleh dijadikan pedoman ye tak? :P

Pulau Pangkor ialah sebuah pulau di dalam negeri Perak, dan termasuk di dalam daerah Lumut, Manjung. Sebelum nak ke pangkor, kite seharusnye sampai ke lumut dahulu, and then naik ferry ke pangkor, tapi kalau nak naik kapal terbang pon boleh, terus je sampai pangkor airport, tapi aku tak berani lak nak naik kapal terbang kecik fokker tu. (eh betul ke ejaan aku, bantai je lahhh) perjalanan dari KL ke lumut approximately 4 jam sahaja. Naik bas transnasional dari puduraya pukul 9, sampai lumut dalam pukul 12.30, pastu dari bas station lumut tu jalan kaki 5 minit je ke jetty lumut.

(Jetty Lumut kini)

Kali terakhir pegi pangkor was like mase aku kekecik lagi, so kali ni aku mcm terkejut la... lumut dah tak mcm dulu.. ..ada pembangunan yg ketare.. jetty nyer pon dah comey... hihihi.. ader gamba mase aku kekecik kat jetty lumut ni ..ferry nyer yg jenis papan tu.. nantilah aku korek aku scan... kelakar gile... tapi sekarang ferry semenya canggih2..siap ade upper and lower deck.. ala2 yacht tu...hihihi..Kami pergi seramai 5 orang, aku, chinos, adib (abg chinos) ,linda (gf adib) ngan enal (adik chinos yg nakal) . So anyway, naik ferry pergi balik RM10 hinggit sahaja, and perjalanan/pelayaran pon 15 minit jer. ferry ni akan stop pada 3 tempat di pulau pangkor, kire mcm bus la, dia byk bus stop kan.. first2 jeti sg pinang (aku tertipu ingat dah sampai pangkor) pastu jeti pangkor, last skali jeti teluk dalam (belah utara pulau pangkor)


Sesampainye di jetti Pangkor, kami di kerumuni pemandu2 teksi, tapi deorg tak bwk teksi, deorag bwk van...kaler pink lagi.. Kat situ ada satu papan yang menyenaraikan harga2 ke destinasi masing2, ke hotel kami (coral bay resort) kat pasir bogak je, (3 km je dari jetty lumut) sepatutnye RM4 tapi sebab krismas, harga naik RM10 (takpelah halalkan aje lahhh).



(nampak tak chinos? beg dier lagi tinggi dari dier :P )


Lepas check in ke apartment kami (ader 2 bilik okek) kami pergi menerokai pasir bogak, tapi time tuh dah petang lebih kurang pukul 4 camtu, so air dah pasang, amat cantik pantainyer.. lain dari yang lain coz byk pepohon rimbunan.. so redup lah tmpt tu.. n agak dalam okek! Bebudak ni main la terjun2 mcm tarzan kat situ, mak dodok tepi je , takot, dalam, pelampung takdek :P

tapi last2 terjun jugak..!! Rugilah dtg jauh2 tak mandi laut kan? Dari pantai pasir bogak kami boleh nampak Pangkor Laut (iyer hotel mewah tu), tak baper jauh pon..naik kapal 5 minit kot.

Lepas puas mandi laut, perut pon lapa, jadi kami makan kat Pangkor foodcourt (depan hotel kami je) semua2 ni walking distance, sambil2 tuh sempat la tengok berbaris2 motosikal dan basikal untuk disewa (Basikal RM5 per day, motosikal RM10 per day, skuter RM25 per day)...and kedai2 souvenir/foodstuff pun banyak berderet2 kat situ... Lepas makan, ingatkan nak rehat kejap kat hotel, last2.. Zzzzzzzzzz sampai ke esok pagi.

Besoknya kami buat keputusan nak bermandi- manda, snorkeling etc kat Teluk Nipah (or Nipah Bay oang puteh kate) Situ mmg tempat yang fofuler utk snorkeling. Perjalanan dari tmpt kami Pantai Pasir Bogak ke Teluk Nipah agak jauh... cuma kami tak tahu exactly berapa kilometer. Tengok dalam map mcm dekat je. So lepas pilih basikal masing2..kami pon start lah perjalanan kami ke Teluk Nipah. Best sangat2 dapat cycling di tepi pantai waktu pagi2.. dengan suasana angin laut membelai...dan pemandangan pesisiran pantai pasir bogak yang indah...


(Pantai Pasir Bogak)




Lepas sampai penghujung Pasir Bogak, kami terpaksa melalui kawasan berbukit bukau (kami agak ini adalah sebahagian dari Pangkor Hill) dan melalui Teluk Ketapang sebelum tiba di Teluk Nipah, agak penat jugak la sebab mengayoh uphill kan (sempat rehat jap kat satu lighthouse) semua skali ada dalam 12KM kot!







(Pemandangan dari lighthouse)


Last2 sampai jugak di Teluk Nipah...!! Banyak kedai2 makan di sepanjang jalan menghadap ke laut, dan berderet chalet2 sederhana & mewah across the road, mmg happening la. Kami parking beskal kemudian pilih port, yang aku suke, semuanya ada disini.


(Snorkeling and everything else - at Nipah Bay)

(Pulau Giam is about 2 minit boat ride, dari Nipah Bay dah nampak, snorkeling spot)



Berkayak RM10 perday, snorkeling (gear+boat trip) RM15per day, jet ski antara rm30 - rm45 dependslah tapi bleh nego lagi, pelampung rm4 sehari, kat sini lah kami lepak sampai pukul 3 petang..lepas tu sambung perjalanan balik hotel. Perjalanan cycling balik hotel lebih mencabar sebab kami kena naik banyak bukit-bukau (pendek kate mmg pancit lahhh) tapi akhirnya kami semua selamat sampai ke hotel dua jam selepas itu, saket montot wa cakap lu...! Lepas tuh sambung lagi mandi manda di pasir bogak. Malam kedua kami dinner di Pangkor food court jugak sebab kepenatan berbasikal seharian, tak larat nak explore makan tmpt lain, harga seafood agak murah kalau compare ngan langkawi.

Lastly esok pagi, selepas check out, kami singgah berjalan di Dutch Fort buat seketika, (dari hotel kami dekat je lah..dalam 6km ) tempat ni telah dinobatkan sebagai tapak bersejarah, coz kat sinilah penempatan orang Belanda seblum kemunculan British. Ingat sejarah tak? Kat Pangkor lah permulaan penempatan residen2 Inggeris Perjanjian Pangkor 1874



So lastly, lepas jalan2 kat situ, kami pun gerak ke jetty Pangkor, kali ni naik ferry open-air ala2 French tu, seronok! Tapi 15 minit jer dah sampai Lumut balik dah. Secara keseluruhan, amat best sebab pantai2 di Pangkor amat bersih so puas hati la, walopun dah jadi itam legam da ni. And satu lagi tip kalau nak beli makanan2 kering (ikan kerin, sate ikan etc) kat jetty lumut murah sikit dari pulau pangkor itself, jadi kitorg pun borong buat oleh2 balik ke KL...aaahhh..my heart is left in Pangkor... ihiksss.....!!! :)


Saturday, December 22, 2007

Review : I am Legend

Despite harsh criticism from my peers regarding this movie, I insisted on going ahead to watch it anyway today . If only for one reason, it’s Will Smith. I have never missed any of his movies and I don’t intend to start now. Yes I admit, I have been a fan of this great man since his Fresh Prince of Bel Air days and it made me proud to see his accomplishments throughout the years, and secondly it’s a science fiction movie. Enough said. I’m sold!

With no knowledge about the book it was based on, I went to see the movie with no expectations, except a few which I will divulge later.

The story begins with a virus which has been genetically engineered by scientists as the cure for cancer and also the destruction of mankind. It centre’s around an ex-navy medical officer Lieutenant Robert Neville (played by Will Smith), which is immune to this ‘virus’ and to his knowledge, he is the last remaining person on earth.

For one thing, I need to give kudos to the graphics team of this movie for the amazing ‘realness’ of an empty New York city which also sent a chill down my spine. Being an ardent sci-fi fan, I could understand the fact that this is a ‘possible’ scenario, the whole wipe-out of the human race plot (which also been played in other numerous other sci-fi movies) But for some reason I never get tired of this plot. Probably because that is much possibility in that fact, and it might even happen overnight. It doesn’t necessarily need to be caused by an air-borne virus, but so many other possibilities, climate, tsunamis, nuclear war, earthquakes, the list goes on. It is a scenario every human need to be aware of.

Ok back to the movie, as Dr Robert Neville aptly puts it, there is only 5 billion people left on the planet but 588million turn into these night creatures which hunts the rest of the human population. Hence why he is the last remaining man (and dog) on earth, and as the movie progressed there were a few points I noted which could have been played out much more interestingly. Due to the lack of human interaction, we are pretty much left with only Will Smith for much of this movie in the beginning, I thought the movie could have done a little more with the backstory or elongating the flashbacks so we could have a deeper understanding of what actually happened. Instead we needed to draw our own weird conclusions. I was left questioning, so it’s a virus, which turns these people cancer-free, and suddenly they turn into morbid flesh eating zombies? Ermm….?? What's missing here?

Also, Will Smith is known to be a smart- ass wise cracker, and he does deliver his straight up humor in wonderful anecdotes, but I really wished he had more lines, even if it’s only talking to himself in his lab, or his dog, and wished he explained things that he does in detail, and why the tests he’s doing are failing. (Yeah I am that nerdy). Nevertheless I felt that Will Smith did manage to portray a tough but deeply psychologically wounded human being, with only his background in military to keep him grounded perhaps,(although he did lose his marbles when the unexpected happened)

Furthermore, I understood the fact that he is a scientist, but I don’t know what is his significance to this ‘virus ‘ research, who is he actually? Why did he feel it’s his ‘ground zero’? What did he do to cause any of this? Also I wished they had shown not just New York city, but other parts of the world as well because I was left wondering, is everyone else still alive across the bridge?

All in all, I thoroughly enjoyed the movie, it was an emotional rollercoaster and the directors did manage to convey the horror of a person being ‘hunted’, I was truly terrified and almost screamed in some scenes , but without much backstory I did feel like I was a spectator to a ‘discovery channel’ styled documentary in some parts of the movie, but also ironically adds a lot of realism into it, lastly as a sci-fi fan (and also I’m biased when it comes to Will Smith) I give it a 7 out of 10, and I’m definitely going to read the book. ;P

Sunday, December 9, 2007

The beginning of the end

The beginning of the end.

Sedar tak sedar. Dah masuk bulan terakhir dalam tahun 2007. Bulan penutup. Bulan disember....bulan yang menentukan segalanya.


Normally penghujung2 taon camni lah aku mule merenung balik apa yang telah berlaku pada diri aku. Cube mengingat kembali detik2 indah.. detik2 bahagia.. detik2 suka duka.. time inilah aku akan cube mengingati semuanya.

Kat bilik aku, benda yang paling aktif aku belek ialah kalender. Hehehe. Penoh corat coret dgn macam2. Sesape yang penah dtg bilik aku tahulah kan (ehem2 epy!) Hihihi. Iya, mmg aku suke belek kalender. Ntah ape yang aku tengokkan. Ntah ape yang aku cari. Aku pun tak tahu (Bukan motip kawin okek?) Hihihi.. !!



Sambil2 merenung tu, aku imbas kembali tahun2 sebelumnya.. aduh.. macam2 dah aku lalui zaman2 'roaring twenties ni' first love, heartbreak, second love, heartbreak lagi, friends come, friends go, work come...work go....family changes... family feuds! Family bonding...! *sigh* so many things happened.. dah tue rupenye aku ni... kesihatan pun dah tak se'fit' dulu2.. ihik ihik.. senang sgt dapat penyakit.. pelik jugak, dulu takde pon.



Oh well... so a new year is coming.... 2008 is coming.. full of promise, full of opportunities.. full of mystery...... Tadi masa tgh chat ngan ex-ITM mate aku, tibe2 dia sebot ' eh intan kite dah kenal almost 9 tahun kan intan?" Aku terkejut. CEPATNYA MASA! 9 tahun dah ke kite berkenalan...? Pergh.. cam fresh je dalam pala otak nie zaman2 study dulu.. those were my sweetest memories...seronok sgt.. duduk hostel with roommates..masing2 ade perangai masing2..and ntah macam mana kite boleh rapat skali sampai skrg.. amoi ko pon still termasuk dalam golongan ini okek? Ur still my fave dorm mate! Kepala yang paling gila skali kat ITM tu ko lahh... hahahaha...!! Miss u a lot!


So anyway...cukup lah nostalgia2 ni seme... it's time to look ahead ok guys.. kenangan2 pahit maung yang silam2 tuh silalah ketepikan ye.. simpan bawah bantal ke.. simpan dalam stor room ke.. atau buang jauh2 pun lagi bagus... things happen for a reason.. to make you better.. to make you stronger .. to make you wiser... tanpa itu semua.. tak mungkin kita pelajari erti kehidupan ye tak? (ala2 kate2 choo :P)

So tanamkan azam2 baru anda....tanamkan harapan2 baru anda...and let us be positive...for life is not living if without hope and wishing next year will be a good year for all of us.. amin.... *hugs* :)

Tuesday, November 20, 2007

Grrrl Interrupted (2)


LELAINA










Dimainkan oleh:
















-------------------------------------


JOLIE










Dimainkan oleh:
















---------------------------------------



ZOEY













Dimainkan oleh:

Wednesday, November 7, 2007

Tak boleh ke....?

Phone aku berdering hari ni..

Nombor yang tak penah aku tengok

Jadi aku pun angkatlah...

Aku : "Helo?"
StRanGer "Helo, boleh bercakap dengan nurul?"
Aku : "Hah? Sorry wrong number"
StRanGer : "Oh sorry...emm.. awak siapa?"
Aku : "Saya intan..."
StRanGer : "Oh..ok thanks"

ShE Hang up.

Pelik tak...buat pengetahuan korang...' StRanGer' ialah seorang wanita. Memang tak familiar lah suara dia..nombor pun meManG aku tak penah tengok sebelum ni..tapi aku boleh rasa ade yang tak kena...instinct perempuan kan.. sebab aku pun pernah guna taktik yang sama..tapi taktik tu macam dah lapuk la dalam arena moden zaman sekarang ni..hohoho!

Taktik? Taktik ape tu?

Taktik ni usually digunakan oleh girlfriend2 yang kurang mempercayai teman lelaki mereka..in my case.. ceritanya begini..

I have a best friend.. and he's a guy..dulu pernah la couple skejap (sblom *toot* sekarang ni) tapi tak lame.. in fact 3 bulan je.. hahaha (rebound kot after break dengan *toot* yang satu lagi) Walaupun sekarang kami dah tak bercinta dah.. tapi hubungan kami amat rapat dan mesra...TTM la konon…tapi memang aku anggap dia kawan yang baik…macam-macam pengalaman dah pernah lalui dengan dia…lebih-lebih lagi kalau perlukan pertolongan memang dia dengan segera akan datang membantu…persahabatan kami jujur dan ikhlas…tak dinafikan memang we care for each other (but as friends okek? Not more than that!)

It’s hard to explain. But seriously kitorang dah move on..even sekarang..aku galakkan dia bercinta lagi..dan aku doakan dia juga dapat mengecapi kebahagiaan..sepertimana aku dapat kecapi sekarang..

Tapi sebaliknya pulak yang berlaku

Setiap kali dia bercinta.. mesti tak pernah kekal lama.. sebabnya? Sebab aku. Aku? Yup. Dia secara jujur admit kat semua gf2 yang best friend dia perempuan.. and deorang kena accept that fact and tak boleh marah kalau dia berkawan dengan aku..

Ramai la yang tak boleh terima keadaan tu…
End up dia slalu la gado ngan gf2 dia.. sebab nak pertahankan persahabatan kami ni…

Kadang-kadang aku rasa bersalah pun ada.. rasa sedih pun ada..aku nak sangat dia happy.. move on.. macam aku juga..

Tapi kadang-kadang aku geram pon ada… takkan lah tak boleh kalau perempuan berkawan dengan lelaki.. tak bolehke kalau kawan baik dia perempuan??

Ntahla.. geram frust semua ada..

Berbalik pada stranger tuh...

Tak lama lepas panggilan misteri tu.. best friend aku yang laki tuh call.. dia kata.. dia dan gf dia bergaduh teruk.. tak percayakan dialah.. tak percaya itu ini.. tuduh-tuduh kitorang ada affairlah ape lah.. aku pening! Mungkin sebab aku faham perasaan gf dia tuh kot. Kalau memang betul lar ada something.. seriously aku boleh admit.. tapi.. plissslaaahhh... takde pape kot!

So secara drastik..aku buat keputusan untuk menamatkan persahabatan kami.. aku suruh dia delete semua nombor2 aku ape semua.. don't ever call or sms me again...yelah.. aku tanak di cop sebagai perempuan ketiga ke apa benda.. plislaahh.. maruah aku more than that...aku tanak sebabkan aku.. dia bergaduh dengan gf dia.. tak larat laa.. benda-benda remeh2 camni.. and seriously..aku nak sangat tengok dia happy...

Tuesday, November 6, 2007

Raye jangan tak raye..

Nak mulakan post ni dengan mengucapkan Happy Burfday to our friend A.B!! hehehe...Burfday yg ke berapa..? Yang ke *toot* ! Takpe biar tua usia tapi jiwa muda okek ab? :p






Sebenarnya kan..aku rasa mcm tahun ni aku paling banyak beraya...beraya mcm tak penah raya..semangat sungguh nak ke open house apa semua..sampai kene bebel2 pon ade (ehem choo tahu je la..sape yg membebel kan..)Sampai sesat pon ade.. Tapi x kire..disebabkan raya dtg setahun sekali je..apalah salahnya mengharungi penat lelah dengan menziarahi kawan2 lama...merapatkan silaturahim..menghabiskan makanan dan ofcoz bercerita ttg kehidupan masing2..rindulah korang semua...macam tak puas nak borak2 lagi..that's why I gagahkan myself.. hahaha!

Nak bercerita pasal last weekend (bukan pasal arsenal lawan MU okek) tapi nak bercerita pasal open house la.. ape lagi...

Hari Sabtu - 3/11/07
Open house di rumah Epy di Sri Damansara.... dari pukul 2.30 sampailah 5.30 aku kat sana hehehe..lama kan...?? Seronok la dapat jumpa fyd (tak sempat bergambar laaaa ngan u fyd!), choo, zax, ieta.. tapi sayang tak sempat nak bergambar dgn ieta.. di atas sebab2 yang tertentu..hehehe..menu kat umah epy.. nasi lemak... rendang ayam... lontong.. ketupat pulut dan sebagainya..mmg sedap...makan dengan kadar yang amat banyak arituh...dan di hiburkan dengan persembahan2 artis2 jemputan antaranya cara2 mengupas telur yang terpantas (dari apis) dan shortcut melipat kain (dari zax)..dapat hadiah plak tu..first time pegi open house dapat hadiah.. tenkiu choo..!! Hehehe...Di bawah ade sebahagian dari gamba2 arituh..





Hari Ahad open house Kakak (Saliza) di Puchong, she's my ex-ITM friend...first time beraya ke rumah dia.. kami buat potluck... nurul masak laksa, shasha bawak satay hj samuri, iza bawak kfc, and aku bawak dessert tart buah...anak2 kakak comel... tapi memang lasak dan notii...!! Sama macam emaknye.. huhuhu!! Di bawah sebahagian gamba2 haritu tapi malangnye..bateri kong pulak (yelah patut beli 4 tapi terbeli 2 je bateri)Mane tak kong kamera tu..terkejut juga dengan si aiman..suka bergambar rupanya budak ni.. amboiiii... :D




Lepas tuh macam kelam kabut sikit sebab sedar tak sedar dah pukul 5.. (ada jemputan ke rumah kawan yang satu lagi memang tak sempat- sorry ye Sub bukan sengaja tak mau pegi...) kami pun straight pergi Shah Alam untuk open house Yatie aka L|ss... rindu jugak la dengan dia...sebab lama sangat tak jumpa dia.... choo nak cerita ke bab kitorg tunggu choo sampai kat mcd tu? Hahahahaha!!! Anyway hidangan di rumah yatie cedap sgt2... nasi tomato ngan ayam masak merah...nyum nyum...pastu anak2 dia plak comey2... well done yatie! :P




So mcm tulah lebih kurang cerita open house last weekend.. seronok dapat jumpa korang semua..yelah masing2 sekarang selalu sibuk dengan kehidupan masing-masing kadang-kadang susah kita nak meluangkan masa kan.. hope to see all of you again..soon... :)

Monday, October 29, 2007

Sinopsis Raya

SINOPSIS RAYA SEKALI IMBAS

Setiap kali menjelangnya Hari Raya.. aku tak berapa pasti apakah perasaanku.. Happy? Excited? Seronok? Hm.. susah nak cakap.. mungkin sebab factor usia yang telah sedikit sebanyak meluluhkan semangat rayaku ataupun disebabkan oleh banyak factor2 lain…yang susah hendak ku luahkan di sini…yang nyata Hari Raya bagiku tidaklah semeriah korang semua.. tapi tuh dah masuk topic lain plak.. post ni nak cerita yang hepi2 je.. okek!!

Tahun ni first time aku balik beraya ke kampong my dad di Kampung Manjoi, Ipoh, Perak (He’s not my real father but he’s been married with my mom for 5 years, and setakat ni aku happy sebab dia baik terhadap kami sekeluarga..and yang penting a good companionship to my mom…) Dan inilah kali pertama aku pulang beraya sekali dgn keluarga ku ke sana.. Seblum2 nie my mom pernah balik beraya ke sana tapi disebabkan oleh banyak faktor2 luaran dan dalaman diriku ini yang rumit.. aku sengaja tak ikut mereka pulang beraya (ape yang tak kena ngan aku ni.. yek..) Truth is aku bukan tak mahu tapi aku tak biasa .. segan pon ada kot.. yelah aku tak kenal sorang pon kat sana.. seganla ..aku ni kan pemalu hehehe…ntahlah.. complicated subject huh? Tapi lain pula kisahnya kalau pulang beraya ke Indon..(kampong mama) cepat aje aku siap packing !! Hehehe…!

Lagi satu aku rasa agak sedih dan kekurangan sebab aku rindu kat adik aku yang jauh nun di perantauan … yelah adik aku lahir pagi raya.. so setiap pagi raya aku slalu wish dia Happy Burfday.. huwaaa ..!! Dah 2 tahun beraya tanpa dia.. sedeh woo.. so korang better appreciate adik2 korang.. dulu masa kekecik aku slalu buli dia.. tapi skarang dah besar dia je yang memahami kakak dia yang gila ni…this post dedicated to you Shawal!!! Hehehehe…




Sehari Sebelum Hari Raya
Kami pulang sehari seblum hari raya.. iaitu hari Jumaat bersamaan dengan 12/10/07.. naik van besor plak tuh.. tak ramai pon cuma aku, mama and my dad.. hehehe.. seblum tuh kami singgah untuk pickup Kak Leha . Siapa Kak Leha? Dia kakak my dad. Kire makcik aku lah… Dia ngan Shera (anak bongsu dia) ikut sekali kami pulang ke Ipoh. Husband dia and anak2 dia yang lain ikut naik keta lagi satu kat belakang, kire mcm konvoi lah…sedar tak sedar (maknanya aku tertidur la sepanjang perjalanan) kami dah sampai Ipoh and ngam2 time berbuka puasa.. my dad dulu kerja Hotel Exelsior kat Ipoh for a long time (I think 15 years kot) seblum dia pindah ke KL…so kami pon pergilah makan buffet di sana.. sampai je kat sana kami dijemput makan mcm tetamu VIP plak hohohoho! Sedap sedap semua makanan dier…yang paling aku suke pita bread tuna sandwich dier…mcm ala2 KFC cheesy melts tapi yang ini dalam nye pakai tuna

Lepas makan and solat Maghrib kami meneruskan perjalanan ke Hotel Heritage, Ipoh. Sesampainya di sana aku sebilik ngan anak2 dara Kak Leha, namely Shera and Farra (kiut2 deorg ni, Shera still high skool, si Farra plak baru 21 kut.. baru start bekerja) kitorang end up tgk tv sampai lewat malam sambil berborak.. mcm slumber party pulak!

Pagi Hari Raya
Pagi raya kami semua cecepat bersiap untuk beramai2 ke masjid untuk menunaikan solat Hari Raya, tapi sebelum tu kami pickup Fatin and Khairul (my dad’s children.. kire my siblings jugak la kan) we went to pick them up from their mother’s place (confusing kan? ) So anyway kami pergi Masjid Tambun, Ipoh, untuk menunaikan Solat Raya...untuk pengetahuan korang dah lama gila tak pegi sembahyang raya..sebabnya selalu 'raya awal' hehehehe.. lepas solat kitorg berkumpul di rumah Kak Esah (my dad’s eldest sister) , introduced to new cousins….. namely Lila n Nana...Semua berkumpul kat sana coz Tok Tamin (granddad) is still alive and well (although he has lost his voice and some of his memory)… sambil2 makan, borak2… tangkap2 gamba…kami meneruskan perjalanan ke rumah Makcik Bedah (random grand-aunty), makcik zai (random grand aunty), LEPAS TU... sambung makan beraya ke rumah Kak Bibah (my dad’s third elder sister) kat sini makan nasi tomato hehehe..berkenalan dgn cousin2 lagi.. nadia n fatihah.. lepas tu..pegi Pak Ucu’s house (my dad’s younger brother) more cousins….. and lastly Tok Su’s house (random grand-uncle). Serious I tak berapa nak ingat ramai sangat nama2...and probably got a lot of the names mixed up too hahahaha...!! Tapi seronok la sebab dapat berkenalan dengan ramai sedara-mara and dapat makan dengan kuantiti yang maksimum hehehe :P

Di bawah adalah sebahagian daripada gamba-gamba pada hari raya pertama, semua nya candid..sebab bila di ajak berposing semuanya malu2 kucing (kononnyelahhh hahahaha)And then disebabkan akulah cameraman jadi tak banyaklah gambar aku hehehe! Jeles pulak tengok si dosh ngan choo berposing sakan di hari raya...! Hehehehe... :P




Raya Ke-2
We went to beraya at my dad’s friend’s house (lupa lagi nama pakcik tu) and then we went to Taiping, went to Aunty Wan’s house kat Aulong, she’s my mom’s best friend and got to meet Shafinaz (her daughter).She's my age and lama gila tak jumpa dia...masa we all duduk Taiping dulu selalu lah kemana2 dgn Shafinaz..ballet class lah.. pianolah... but now she's happily married and haritu sempatlah jumpa her hubby and baby Aniq! He’s soooo cute…!!Shafinaz siap cakap ‘ Nani dah ada satu, Intan bila lagi?” Aaaaaaaaaaaa skarang pon nak satu kalau boleh hehehehe! So anyway lepas puas beraya kat Taiping (adelah lagi 2,3 buah rumah lagi) we all balik Ipoh.

Raya Ke-3
Raya ketiga kami semua check out dari Heritage, pastu singgah jap kat rumah kak Bibah (coz si Nadia buat nasi lemak) and then singgah my dad’s ex-wife’s sister’s house (confuse jugaklah kan?) Lepas tuh zoooom… bertolak pulang ke KL


Begitulah synopsis Raya pertama sampai Raya ketiga aku… Raya keempat aku dah mula kerja dah.. jadi takde la kisah2 raya lagi.. beraya2 apa semua on the weekend aje..

First weekend (20/10 - 21/10) - beraya my aunty kat Subang and relatives in Melaka

Second weekend (27/10 - 28/10) beraya rumah my pet sis kat Kajang

This coming weekend (3/11 - 4/11) - beraya rumah Epy kat Sri Damansara(insyallah) and rumah Kakak (Saliza) kat Puchong (insyallah)

Di sebabkan raya kan sebulan jadi masih ada kesempatan untuk aku wish Selamat Hari Raya... mari kita beraya sakan..tapi jangan terlebih makan.. hua hua hua!! :P